Pertandingan Bola Tampar Pantai, Fiesta Youth@Live Bakat Remaja


"Fiesta Youth@ Live Bakat Remaja
Gaya Hidup Rakan Muda Peringkat Negeri P.Pinang 2014
(Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah)


TARIKH    :    14hb Disember, 2014 (Ahad)
MASA        :   Jam 8.00pagi - 2.00petang.
TEMPAT   :    Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang. 

A total of 16 teams had participated in the day long Under 25 Carnival which consists of 
8 teams from the Women Category
8 teams from the Men Category. 
We would like to thanks JBSNPP and all the teams participated for the support to make this Carnival successful!

Pertandingan telah dilangsungkan pada ahad yang lepas dengan 16 pasukan (8 lelaki & 8 wanita) mengabil Bahagian. Terima Kasih Kepada JBSNPP dan semua pasukan atas kerjasama dan sokongan yang baik untuk menjayakan program ini.

HERE ARE THE RESULTS:

WOMEN CATEGOTY:-

Champion - BUTTERFLY KAVA
1st Runner Up - KO FOUR
2nd Runner Up (Shared) - CDN , JUST FOR FUN

MEN CATEGORY:-

Champion - FORCE A
1st Runner Up - SILENT ASSASSIN
2nd Runner Up (Shared) - PIRATES VC , FLYING TITANS

Congratulations to all the winners !!
There will be more tournaments coming up. Be Prepared Always!

"MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!"
















More photos (Click the link below)

FIESTA YOUTH @ LIVE




1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1.         “FIESTA YOUTH@ LIVE”
BAKAT REMAJA GAYA HIDUP RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI P.PINANG 2014
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH)

2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.         Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3           Kelab Sukan VPM             

3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.         Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain yang berumur 25 tahun kebawah. Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 16 pasukan (8 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.         TARIKH    :    14hb Disember, 2014 (Ahad)
4.2.         MASA        :   Jam 8.00pagi - 2.00petang.
4.3.         TEMPAT   :     Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.  
                    
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.         Borang penyertaan boleh akan didapati dari facebook: volleyball pillar management
5.2.         Yuran Penyertaan: RM20-00.
5.3.         Tarikh tutup: 9hb Dsember 2014.
5.4.         Semua borang penyertaan mesti emel kepada pihak penganjur pada atau sebelum tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat).
                  Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com
                           
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:
       6.1.           JOHAN                                       :  Wang Tunai RM200-00  + Pingat
6.2.         NAIB JOHAN                           :  Wang Tunai RM100-00  + Pingat
6.3.         KETIGA BERSAMA                :  Wang Tunai RM  50-00  + Pingat

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.         Sistem Pertandingan KALAH MATI akan digunakan.
7.2.         Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

 8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1      Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan akhir.

9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.         Sila merujuk kepada Lampiran A

Peraturan Pertandingan
  1.  Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain yang berumur 25 tahun kebawah.
  2.  Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
  3. Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
  4. Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.
  5. Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
  6.  Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dengan 1 set (25 mata) sahaja.
  7. Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
  8. Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out” 30 saat sahaja.
  9. Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
  10.  Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
  11.  Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.
  12.  Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan dengan wang deposit RM100-00 dalam 30 minit dari tamat perlawanan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delegasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi ini adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
  13. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.
Disediakan Oleh: Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Bola Tampar Pantai 3-Sebelah Rakan Muda 2014.




No comments:

Post a Comment