Penang Veteran Volleyball Championship - Dato' Koay Kar Huah Cup 2012


KEJOHANAN BOLA TAMPAR VETERAN PULAU PINANG KALI KEDUA 

(PIALA DATO’ KOAY KAR HUAH)

Results and Photos (Click Here)   - updated 2012-12-06Official Photos by Co-Sponsors Imacolor Imaging (Click Here)   - updated 2012-12-19
Game Schedule (Click Here)   - updated 2012-12-06

_______________________________________
 (updated 2012-11-06)


1. NAME PERTANDINGAN:

KEJOHANAN BOLA TAMPAR VETERAN PULAU PINANG KALI KEDUA
(PIALA DATO’ KOAY KAR HUAH)


2. PENGELOLA BERSAMA:

  • DATO’ KOAY KAR HUAH (PENYELARAS BN PARLIMEN BKT GELUGOR)
  • KELAB SUKAN VPM
  • JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG
  • PERSATUAN BOLA TAMPAR PULAU PINANG

 3. OBJEKTIF:

  • Mempromosikan aktiviti-aktiviti sihat dan sukan di kalangan warga berusia 30an keatas.
  • Mengelolahkan acara sukan yang dapat mengeratkan perhubungan baik antara kaum.
  • Meningkatkan kesedaran sukan bola tampar sebagai sukan rekreasi yang sesuai untuk orang ramai.
 
4. SASARAN KUMPULAN:

  • Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua yang berumur 30 keatas (wanita) dan 35 keatas (lelaki) .
  • Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 18 pasukan (12 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita).

5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:

  • TARIKH  : 30Nov, 1 & 2 Disember 2012
  • MASA      : 8 PAGI – 10 MALAM
  • TEMPAT : KOMPLEK BELIA & SUKAN, BATU UBAN, P.PINANG.


6. PENDAFTARAN/PERTANYAAN  DAN TARIKH TUTUP:

  • Borang penyertaan akan di edarkan kepada kelab-kelab sukan dan pasukan bola tampar di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan sektor swasta.
  • Yuran Penyertaan: RM100-00.
  • Semua borang penyertaan dan yuran mesti di serah kepada:

Pn. Angelina Hoh, H/P : 016-4703733 atau En. LE Choong H/P:012-4533044 atau Fax :04-6460718. 
Alamat: No. 1, Lorong Mahsuri 7, Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang atau
Tarikh Tutup: 1Hb November 2012.


7. PENGANGKUTAN AND PENGINAPAN:

Segala tambang pengangkutan and kos penginapan adalah tanggungan pasukan sendiri.


8. HADIAH KEMENANGAN:

Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:

  • JOHAN                               :  Wang Tunai RM500-00  + 15 Pingat
  • NAIB JOHAN                     :  Wang Tunai RM300-00  + 15 Pingat
  • KETIGA  BERSAMA          :  Wang Tunai RM100-00  + 15 Pingat

9. SISTEM PERTANDINGAN:

  • Pertandingan akan dijalankan secara Liga atau Liga Kumpulan pada pusingan awal bergantung kepada bilangan pasukan yang mengambil bahagian.

  • Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

10. UPACARA PENUTUPAN:

  • Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan yang terakhir.  Semua pasukan yang menang hadiah (tempat pertama hingga ketiga bersama) di wajib menyertai upacara penutupan dengan sekurang-kurangnya 6 orang pemain. Hadiah wang tunai tidak akan hadiahkan kepada pasukan yang tidak memenuhi syarat ini.



PERATURAN
KEJOHANAN BOLA TAMPAR VETERAN PULAU PINANG


  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua yang berusia 30 tahun keatas (Wanita) dan 35 tahun keatas (lelaki). Untuk pemain yang pernah mewakili Negara had umur ialah 35 tahun keatas (wanita) dan 40 tahun keatas (lelaki).

  1. Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.38 meter; manakala untuk wanita ialah 2.20 meter.


  1. Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.

  1. Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 12 orang peserta. Seorang pemain hanya boleh menyertai satu pasukan sahaja.
 
  1. Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak. Pegawai pasukan (Pengurus, Jurulatih, Penolong Jurulatih) di kehendaki memakai seluar panjang dan berkasut sukan.

  1. Semua perlawanan akan di putus dengan “Best of 3 sets” (25 mata). Dalam set penetuan 15 mata  akan di mainkan. Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem “pingpong”.  Apabila terdapat mata seri 24:24  ATAU 14:14 (set penetuan) pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.

  1. Dalam setiap set, pasukan dibenarkan 2 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.

  1. Setiap pasukan mesti ada 6 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan. Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.
 
  1. Dalam pengiraan kedudukan, pasukan yang menang akan diberi 2 mata, manakala pasukan yang kalah 1 mata dan pasukan yang memberi “Walk Over” tidak akan dapat sebarang mata.  Jika terdapat mata yang sama, maka kedudukan akan dikira berdasarkan kadar poin yang menang dan kalah.

10.   Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan perlawanan akan di teruskan “DALAM BANTAHAN”. Hanya Ketua Pasukan dibenarkan membuat bantahan. Pasukan mesti mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Pegelola secara bertulis dengan wang  tunai RM100-00 sebagai wang cagaran.dalam tempoh 1 jam selepas perlawanan berkenaan.  Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Juri Rayuan. Jika bantahan/rayuan di terima wang cagaran akan di kembalikan. Wang cagaran akan luput sekiranya bantahan/rayuan tidak berjaya.  Keputusan dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

11.      Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini
      akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR FIVB.

No comments:

Post a Comment