Mini Karnival Sukan Peringkat Negeri P.Pinang (Bola Tampar Pantai 3-sebelah) 2014




MINI KARNIVAL SUKAN PERINGKAT NEGERI P. PINANG 
(BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH) 2014

TARIKH:                  30HB NOVEMBER 2014 (AHAD)
MASA:                      8 PAGI – 2 PTG
TEMPAT:                 KOMBES, BATU UBAN, P.PINANG


A total of 16 teams had participated in the day long Carnival last sunday which consists of 
8 teams from the Women Category


8 teams from the Men Category. 
We would like to thanks JBSNPP and all the teams participated for the support to make this Carnival successful!

Pertandingan telah dilangsungkan pada ahad yang lepas dengan 16 pasukan (8 lelaki & 8 wanita) mengabil Bahagian. Terima Kasih Kepada JBSNPP dan semua pasukan atas kerjasama dan sokongan yang baik untuk menjayakan program ini.

HERE ARE THE RESULTS:

WOMEN CATEGOTY:-

Champion - KIWIASIANS
1st Runner Up - SPIDER JUMP
2nd Runner Up (Shared) - HAPPY, CASTLE

MEN CATEGORY:-

Champion - EXTREME A
1st Runner Up - EXTREME B
2nd Runner Up (Shared) - SEMARAK, C-TEAM

Congratulations to all the winners !!
There will be more tournaments coming up. Be Prepared Always!

"MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!"


Group Photos with the Winners

Mens Category Participants

Womens Category Winners

Mens Categoty Champion - EXTREME A

Womens Categoty Champion - KIWIASIANS





More photos (Click the link below)

Mini Karnival Sukan
B.Tampar Pantai 3 Sebelah 2014


MINI KARNIVAL SUKAN PERINGKAT NEGERI P. PINANG 
(BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH) 2014


TARIKH:                  30HB NOVEMBER 2014 (AHAD)
MASA:                      8 PAGI – 2 PTG
TEMPAT:                 KOMBES, BATU UBAN, P.PINANG


1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1.         MINI KARNIVAL SUKAN PERINGKAT NEGERI P. PINANG
(BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH) 2014.

2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.         Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3           Kelab Sukan VPM             

3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.         Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua. Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 16 pasukan (8 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.         TARIKH    :    30hb November 2014 (Ahad)
4.2.         MASA        :   Jam 8.00pagi - 2.00petang.
4.3.         TEMPAT   :    Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.   
                    
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.         Borang penyertaan boleh akan didapati dari facebook: volleyball pillar management
5.2.         Yuran Penyertaan: RM20-00.
5.3.         Tarikh tutup: 20hb November 2014.
5.4.         Semua borang penyertaan mesti fax/emel kepada pihak penganjur pada atau sebelum tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat).
                  Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com
              
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:
       6.1.           JOHAN                                   :  Wang Tunai RM200-00  + Pingat
6.2.         NAIB JOHAN                           :  Wang Tunai RM100-00  + Pingat
6.3.         KETIGA BERSAMA                :  Wang Tunai RM  50-00  + Pingat

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.         Sistem Pertandingan KALAH MATI akan digunakan.
7.2.         Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

 8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1      Upacara penutupan akan diadakan selepas perlawanan akhir.

9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.         Sila merujuk kepada Lampiran A

LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pasukan bola tampar pantai.
  2. Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanit ialah 2.24 meter.
  3. Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
  4. Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.
  5.   Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak.
  6. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati dengan 1 set (25 mata) sahaja.
  7.  Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
  8. Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out” 30 saat sahaja.
  9. Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang.  Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
  10.  Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
  11. Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.
  12.  Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan dengan wang deposit RM100-00 dalam 30 minit dari tamat perlawanan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delegasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi ini adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
  13. Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.


Disediakan Oleh: Jawatankuasa Penganjur Mini Karnival Sukan P. Pinang (Bola Tampar Pantai 3-Sebelah) 2014.

No comments:

Post a Comment