4 VS 4 VOLLEYBALL TOURNAMENT 2013


PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (4-SEBELAH) 2013 VPM
VPM 4vs4 VOLLEYBALL TOURNAMENT 2013  


TARIKH    :   21hb April, 2013( Ahad)
MASA        :   JAM 8.00 pagi  HINGGA 6.00 ptg
TEMPAT   :   Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.


Participating Teams - Groupings


 Game Schedule






1. OBJEKTIF PERTANDINGAN:
1.1.         MEMPROMOSIKAN BOLA TAMPAR PADANG SEBAGAI SUKAN REKREASI.
1.2.         MENGALAKAN AKTIVITI BERSUKAN UNTUK KESIHATAN ORANG RAMAI.

2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1.         KELAB SUKAN VPM dengan kerjasama
2.2.         JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG.
               
3.  SASARAN KUMPULAN:
3.1.         Pertandingan ini adalah terbuka kepada pasukan-pasukan dari  negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.
3.2.         Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 24 pasukan (12 pasukan lelaki dan  12 pasukan wanita).

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1.         TARIKH    :   21hb April, 2013( Ahad)
4.2.         MASA        :   JAM 8.00 pagi  HINGGA 6.00 ptg
4.3.         TEMPAT   :   Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.
                             
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1.         Borang penyertaan boleh didapati daripada Setiausaha, Kelab Sukan VPM Bayan Baru, Pulau Pinang
5.2.         Yuran Penyertaan: RM50-00.
5.3.         Tarikh tutup: 10hb April 2013
5.4.         Semua borang penyertaan dan yuran  mesti diserah pada atau sebelum tarikh tutup kepada:

                En. LE Choong (Setiausaha Kejohanan)  H/P:012-4533044 Fax :04-6439216, Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com
                (PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PASUKAN YANG TERLEWAT)

6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan  adalah saperti berikut:

      6.1.         JOHAN                                    : Baucar RM100-00  + Pingat
6.2.         NAIB JOHAN                            : Baucar RM 75-00   + Pingat
6.3.         TEMPAT KETIGA BERSAMA    : Baucar  RM 50-00  + Pingat

7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1.         Sistem Pertandingan akan ditentukan dengan jumlah penyertaan.
7.2.         Pihak penganjur berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

 8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1       Upacara perasmian ringkas akan diadakan pada pemulaan pertandingan, semua pasukan di wajib menyertai perasmian ini. Untuk upacara penutup, semua pasukan yang menang – tempat pertama hingga ketigadi wajib hadir dengan semua pemain nya untuk menerima hadiah masing-masing. Hadiah tidak akan di berikan kepada mana-mana pasukan yang tidak hadir pada majlis penutupan ini.

9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1.      Sila merujuk kepada Lampiran A


 LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN


1.      Pertandingan ini adalah terbuka kepada warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
2.      Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
3.      Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
4.      Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 5 orang peserta.
5.      Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
6.       Pertandingan akan dijalankan dengan 1 set (25 mata) sahaja untuk semua perlawanan kecuali di perinkat perlawanan akhir. Pasukan hendak bertukar gelanggang apabila salah satu pasukan telah memperolehi 13 mata.
7.      Sistem pengiraan mata adalah seperti sistem pingpong.  Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
8.      Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
9.      Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
10.  Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.
11.  Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” tidak di kira sebagai satu pukulan. Pemain akan membuat servis mengikut giliran dan mengikut pusingan (rotation).
12.  Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
13.  Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola.



Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Bola Tampar Padang (4-Sebelah) VPM 2013.

No comments:

Post a Comment